Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara, Korea Selatan adakan rundingan jelang sidang Pyongyang

Para pegawai Korea Utara dan Korea Selatan dijadual akan mengadakan rundingan peringkat tinggi pada Isnin (13 Ogos), dengan laporan akhbar Korea Selatan membayangkan bahawa kedua-dua pihak mungkin merancang untuk mengadakan sidang puncak di Pyongyang pada lewat bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara, Korea Selatan adakan rundingan jelang sidang Pyongyang

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: KCNA/menerusi Reuters)

Diterbitkan : 13 Aug 2018 01:08PM Dikemas Kini : 13 Aug 2018 01:12PM

SEOUL: Para pegawai Korea Utara dan Korea Selatan dijadual akan mengadakan rundingan peringkat tinggi pada Isnin (13 Ogos), dengan laporan akhbar Korea Selatan membayangkan bahawa kedua-dua pihak mungkin merancang untuk mengadakan sidang puncak di Pyongyang pada lewat bulan ini.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, mengadakan pertemuan pada bulan April di sebuah kampung keamanan di sempadan yang memisahkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengadakan satu lagi sidang puncak pada musim luruh dan kali ini pula, di Pyongyang, ibu kota Korea Utara.

Akbar Kookmin Ilbo menukil seorang pegawai Korea Selatan yang identitinya tidak didedahkan sebagai berkata bahawa sidang puncak itu mungkin diadakan pada lewat Ogos.

Pada Ahad (12 Ogos), jurucakap Rumah Biru Korea Selatan berkata beliau berharap agar perincian mengenai sidang puncak itu akan dimuktamadkan semasa rundingan pada Isnin (13 Ogos).

"Kami berharap masa, lokasi dan jumlah delegasi yang akan melakukan lawatan ke Korea Utara akan dimuktamadkan," kata jurucakap Rumah Biru Korea Selatan, Kim Eui-kyeom. Beliau bagaimanapun enggan memberikan maklumat lanjut.

Encik Kim sudahpun mengadakan beberapa sidang diplomatik dengan para pemimpin Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat tahun ini.

Encik Moon dan Encik Kim juga mengadakan mesyuarat tergempar di sempadan tersebut pada bulan Mei, menjadikan Encik Moon satu-satunya pemimpin Korea Selatan yang mengadakan sampai dua kali pertemuan dengan seorang pemimpin Korea Utara. Lawatan Encik Moon ke Pyongyang adalah mesyuarat pertama yang diadakan di ibu kota Korea Utara itu pada tahun ini.

Korea Utara dikenakan sekatan ketat atas ujian peluru berpandu dan senjata nuklearnya. Encik Kim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagaimanapun bersetuju untuk melucutkan sepenuhnya senjata nuklear di Semenanjung Korea ketika sidang puncak bersejarah diadakan antara kedua-dua pemimpin itu di Singapura pada bulan Jun.

Korea Utara mengecam usaha-usaha yang diterajui Amerika untuk terus mengenakan sekatan itu, meskipun ia menyifatkannya sebagai satu tanda muhibah, termasuk menghentikan ujian senjatanya dan menyerahkan jasad askar Amerika yang terkorban semasa Perang Korea 1950-1953.

Para pegawai Amerika, bagaimanapun, memberitahu agensi berita Reuters bahawa Korea Utara masih belum bersetuju dengan garis masa bagi melucutkan sepenuhnya senjata nuklear Korea Utara atau mendedahkan jumlah senjata nuklearnya, yang dianggarkan oleh Amerika adalah antara 30 dengan 60 peluru berpandu. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan