Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara kesali pembunuhan pegawai Korea Selatan untuk cegah jangkitan COVID-19

Ia adalah pembunuhan rakyat Korea Selatan yang pertama oleh tentera Korea Utara dalam tempoh sedekad, sekali gus mencetuskan kemarahan di Seoul.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara kesali pembunuhan pegawai Korea Selatan untuk cegah jangkitan COVID-19

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. (Gambar: KCNA/Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2020 05:17PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 05:19PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengeluarkan mohon maaf yang amat jarang sekali dibuatnya hari ini (25 Sep) atas insiden pembunuhan seorang pegawai Korea Selatan di kawasan perairan, dengan menyifatkannya sebagai 'kejadian tidak dijangka dan memalukan', menurut Pejabat Presiden Seoul.

Pegawai perikanan itu ditembak mati oleh tentera Korea Utara, Selasa lalu, dan menurut Seoul mayatnya dibakar ketika masih berada di laut, sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19.

Ia adalah pembunuhan rakyat Korea Selatan yang pertama oleh tentera Korea Utara dalam tempoh sedekad, sekali gus mencetuskan kemarahan di Seoul.

"Kim Jong Un amat menyesali atas kejadian itu dan memohon maaf kerana mengecewakan Presiden Moon dan rakyat Korea Selatan daripada sepatutnya membantu mereka dalam menghadapi COVID-19," kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Suh Hoon.

Encik Suh membacakan sepucuk surat daripada jabatan parti pemerintah Korea Utara yang bertanggungjawab dalam perihal hubungan dengan Korea Selatan.

Dalam surat itu, Pyongyang mengaku melepaskan kira-kira 10 tembakan pada lelaki terbabit yang didakwa "memasuki perairan negara tersebut secara haram" dan enggan memperkenalkan diri dengan baik.

Menurutnya, pengawal sempadan menembak lelaki tersebut mengikut arahan ditetapkan.

Jasad lelaki itu didakwa tidak lagi kelihatan selepas tembakan dan tentera membakar peralatan apung mangsa yang berlumuran darah sebagai mengikut peraturan pencegahan darurat kebangsaan.

Presiden Moon Jae-in sebelum itu mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian berkenaan amat mengejutkan dan ia perbuatan yang tidak boleh diterima walau dengan apa alasan sekalipun.

Beliau mendesak Pyongyang mengambil tindakan terhadap mereka yang "bertanggungjawab".

Sumber : Agensi berita/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan