Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara cabar Amerika; sekatan baru tidak akan berhasil

Korea Utara menyatakan bahawa sekatan ke atas program nuklearnya "tidak akan berhasil" melalui satu forum pelucutan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia turut menentang kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara cabar Amerika; sekatan baru tidak akan berhasil

Encik Han Tae Song di Geneva Switzerland mengkritik langkah Trump mengenakan sekatan baru ke atas Korea Utara. (Gambar: Denis Balibouse/ Reuters)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 11:04AM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 11:07AM

GENEVA: Korea Utara menyatakan bahawa sekatan ke atas program nuklearnya "tidak akan berhasil" melalui satu forum pelucutan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia turut menentang kempen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

"Amerika Syarikat seharusnya sedar bahawa sekatan dan tekanan itu tidak akan mengancam (Korea Utara) dan tidak akan berhasil," kata Han Tae Song, wakil Pyongyang di Persidangan PBB berkaitan Pelucutan Senjata di Geneva.

Komen-komen tersebut diutarakan beberapa hari selepas Presiden Trump menyenaraikan sekatan baru ke atas Korea Utara. Presiden Trump menyifatkan sekatan terbaru itu sebagai "yang terbesar pernah di ke atas Korea Utara".

Pernyataan itu berkemungkinan berlebih-lebihan memandangkan sebelum ini Washington mengenakan tindakan-tindakan keras ke atas Pyongyang. Bagaimanapun, pentadbiran Presiden Trump mengesahkan bahawa sekatan baru itu menyasarkan hampir setiap kapal yang digunakan Korea Utara.

Para diplomat Korea Utara bersemuka dan berdebat dengan para pegawai Amerika Syarikat di Geneva.

"Jika Amerika Syarikat tidak mengendahkan usaha-usaha kami untuk memperbaiki hubungan antara Korea Utara dengan negara-negara lain... dan sebaliknya memilih untuk membangkitkan kemarahan dan melakukan konfrontasi, DPRK (Korea Utara) akan bertindak balas," kata Encik Han.

Meskipun baru-baru ini ketegangan antara Seoul dan Pyeongyang semakin kendur setelah "Sukan Olimpik yang damai", Presiden Trump berikrar akan terus mengenakan tekanan terhadap Korea Utara.

Beliau memberi amaran bahawa jika sekatan itu tidak berhasil, "mereka akan melanjutkan (perancangan) ke fasa kedua. Fasa kedua adalah lebih serius."

Duta pelucutan senjata Amerika Syarikat semalam (27 Feb) menegaskan Amerika tidak akan mengiktiraf Korea Utara sebagai negara bersenjata nuklear.

"Ia tidak akan berlaku," kata Robert Wood, menjawab ancaman Encik Han.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan