Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Utara beri amaran 'krisis keselamatan' jika AS, Korea Selatan burukkan ketegangan

Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa latihan tentera antara Korea Selatan dengan Amerika menghadapi risiko mengganggu kemantapan antara kedua-dua negara Korea itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Utara beri amaran 'krisis keselamatan' jika AS, Korea Selatan burukkan ketegangan

Bendera Korea Utara. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 04:08PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 04:10PM

SEOUL: Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa latihan tentera antara Korea Selatan dengan Amerika menghadapi risiko mengganggu kemantapan antara kedua-dua negara Korea itu.

Buat hari kedua berturut-turut, Pyongyang gagal memberikan respon kepada panggilan telefon dari Seoul.

Ketua pegawai Parti Buruh Korea Utara, Kim Yong Chol, berkata Korea Selatan akan menanggung keputusan bahaya dengan menjalin perikatan dengan Amerika.

Menurut pegawai Pyongyang yang menangani ehwal antara kedua-dua negara Korea itu lagi, Seoul sudahpun melepaskan peluang untuk memperbaiki hubungan dua hala.

Beliau menambah pilihan salah Korea Selatan itu hampir mencetuskan krisis keselamatan yang besar.

Saudara perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jung, pula menuntut agar Amerika mengundurkan tenteranya daripada Korea Selatan.

Beliau menambah Amerika akan menanggung risiko keselamatan rakyat Korea Utara.

Tahun ini, latihan tentera Amerika dengan Korea Selatan yang berskala lebih kecil akan dijalankan.

Namun, Pyongyang berikrar untuk mengukuhkan pertahanannya sambil menyifatkan latihan tentera Korea Selatan dengan Amerika itu sebagai persiapan untuk menyerangnya.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan