Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan utus rombongan ke Korea Utara, harap dapat kurang ketegangan

Satu rombongan peringkat tinggi Korea Selatan akan ke Korea Utara esok untuk membincangkan langkah memperelok hubungan di Semenanjung Korea.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2018 08:44PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:42PM

SEOUL: Satu rombongan peringkat tinggi Korea Selatan akan ke Korea Utara esok untuk membincangkan langkah memperelok hubungan di Semenanjung Korea.

Rombongan Korea Selatan itu akan dipimpin dua utusan khas Presiden Moon Jae-in.

Presiden Moon melantik Ketua Jabatan Perisikan Negara, Suh Hoon dan ketua Pejabat Keselamatan Negara, Chung Eui-yong, sebagai utusan khasnya untuk berunding dengan Korea Utara.

Selain meredakan ketegangan di Semenanjung Korea, lawatan mereka ke Korea Utara juga diharap dapat merintis jalan bagi rundingan antara Washington dengan Pyongyang.

Selepas lawatan dua hari itu, dua utusan khas Korea Selatan akan ke Amerika pula untuk memberi taklimat mengenai perkara-perkara yang dibincangkan di Pyongyang.

Bagaimanapun, media Korea Utara memberi amaran, misi dua utusan khas Korea Selatan itu mungkin menghadapi masalah, berhubung rancangan latihan tentera bersama Korea Selatan dengan Amerika.

Korea Utara memberi amaran ia mungkin melakukan tindak balas sekiranya rancangan latihan itu diteruskan.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan