Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan tingkatkan langkah bendung penularan COVID-19 di Seoul susuli tambahan kes baru

Korea Selatan mengetatkan lagi langkah-langkah bagi mengawal penularan COVID-19 di ibu kota Seoul dan kawasan sekitarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan tingkatkan langkah bendung penularan COVID-19 di Seoul susuli tambahan kes baru

Gambar fail orang ramai di Korea Selatan memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 06:19PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 06:28PM

SEOUL: Korea Selatan mengetatkan lagi langkah-langkah bagi mengawal penularan COVID-19 di ibu kota Seoul dan kawasan sekitarnya.

Sekatan lebih ketat itu termasuk melarang kehadiran penonton dalam acara-acara sukan dan menghadkan perhimpunan di dalam bangunan kepada tidak lebih 50 orang.

Tindakan lebih tegas itu dilakukan kerana peningkatan berterusan kes baru COVID-19 di negara tersebut.

Hari ini (15 Ogos) sahaja 166 kes baru dilaporkan, pertambahan tertinggi untuk satu hari sejak awal Mac lalu.

Sebahagian besarnya kes jangkitan dalam masyarakat.

Perdana Menteri Korea Selatan berkata negara itu kini berada di satu persimpangan yang genting dalam usahanya untuk mencegah kenaikan besar kes baru.

Menurut Encik Chung Sye-kyun, keutamaan pemerintah adalah untuk membendung penularan di kawasan Seoul yang menampung separuh penduduk Korea Selatan.

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan