Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan siap siaga terhadap penularan varian Delta Plus

Korea Selatan mengesan dua kes pertama varian baru COVID-19 yang diberi nama varian Delta Plus, dedah Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Selasa (3 Ogos), sedang negara itu bergelut melawan gelombang keempat penularan koronavirus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan siap siaga terhadap penularan varian Delta Plus

Seorang wanita jalani ujian swab COVID-19 di Seoul, Korea Selatan pada 15 Jul 2021 (Gambar: Reuters/Kim Hong-Ji)

Diterbitkan : 03 Aug 2021 06:23PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 06:27PM

SEOUL: Korea Selatan mengesan dua kes pertama varian baru COVID-19 yang diberi nama varian Delta Plus, dedah Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Selasa (3 Ogos), sedang negara itu bergelut melawan gelombang keempat penularan koronavirus tersebut.

Varian Delta Plus adalah daripada varian Delta yang pertama kali dikesan di India. Mutasi proteinnya yang diberi nama K417N turut dikesan pada varian Beta yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.

Sejauh ini, tidak banyak kes mengenai Delta Plus dan hanya sebilangan negara, termasuk Britain, Portugal dan India, melaporkan kes-kes jangkitan varian tersebut.

"Kes pertama (di Korea Selatan) dikesan pada seorang lelaki berusia 40-an tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini," kongsi KDCA kepada Reuters. Punca jangkitan sedang disiasat.

Hasil ujian ke atas sekitar 280 orang yang merupakan kontak lelaki itu mendapati bahawa hanya anaknya yang disahkan positif, kata Park Young-joon, pegawai KDCA semasa menyampaikan taklimat.

Pegawai itu berkata belum jelas sama ada anak lelaki itu juga dijangkiti varian Delta Plus.

Kes kedua pula adalah seorang pelawat yang pulang dari Amerika Syarikat. Individu tersebut sudah menerima dua suntikan vaksin AstraZeneca sebelum melakukan perjalanan itu, tambah beliau.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini menyatakan bahawa beberapa vaksin utama berkesan melawan varian Delta yang mudah berjangkit, yang kini dominan di banyak negara. Namun mereka turut menyuarakan kekhuatiran terhadap varian-varian baru yang mungkin tidak dapat dicegah oleh sesetengah vaksin.

Analisis genetik ke atas 3,014 jangkitan minggu lalu mendapati 64 peratus adalah varian Delta, menurut perangkaan KDCA, satu petanda jelas bahawa varian itu sudah menjadi dominan di Korea Selatan. Kes-kes sedemikian dalam kalangan mereka yang sudah divaksin sepenuhnya masih rendah.

Beberapa saintis berkata varian Delta Plus mungkin jauh lebih mudah berjangkit. Kajian sedang dijalankan di India dan juga peringkat global untuk menguji keberkesanan vaksin terhadap mutasi ini.

Korea Selatan melaporkan 1,202 kes baru COVID-19 pada Isnin, menjadikannya sebanyak 202,203 jangkitan kesemuanya dengan 2,104 kematian.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan