Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan setuju hentikan latihan bersama AS demi percepat pelucutan nuklear

Susuli sidang Trump-Kim di Singapura, Korea Selatan dilapor sebagai menyatakan bahawa latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat mungkin perlu dihentikan demi mempercepat rundingan mengenai pelucutan nuklear Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2018 06:49PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 09:45PM

SEOUL: Susuli sidang Trump-Kim di Singapura, Korea Selatan dilapor sebagai menyatakan bahawa latihan tentera bersama dengan Amerika Syarikat mungkin perlu dihentikan demi mempercepat rundingan mengenai pelucutan nuklear Korea Utara.

Presiden Donald Trump semalam (12 Jun) membuat kenyataan mengejut bahawa beliau akan menghentikan latihan tentera dengan Korea Selatan kerana ia menelan belanja yang besar dan provokatif.

Agensi Berita Yonhap memetik jurucakap presiden sebagai berkata selagi rundingan diteruskan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara mengenai pelucutan nuklear di Semenanjung Korea, Seoul perlu menimbangkan cara-cara untuk menjayakan dialog tersebut.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok untuk membincangkan hasil sidang puncak Trump-Kim.

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan