Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan sahkan 52 kes baru COVID-19

 Korea Selatan mengesahkan 52 kes baru jangkitan virus korona COVID-19, menjadikan kesemuanya 156 kes di seluruh negara itu, menurut agensi berita Yonhap pada Jumaat (21 Feb), menukil sumber daripada pihak berkuasa kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan sahkan 52 kes baru COVID-19

(Gambar: Heo Ran/Reuters)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 11:58AM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 12:03PM

SEOUL: Korea Selatan mengesahkan 52 kes baru jangkitan virus korona COVID-19, menjadikan kesemuanya 156 kes di seluruh negara itu, menurut agensi berita Yonhap pada Jumaat (21 Feb), menukil sumber daripada pihak berkuasa kesihatan.

Pada Khamis (20 Feb), negara itu melaporkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 sedang jumlah pesakit yang dijangkiti menjangkaui 100.

Kebanyakan kes dilaporkan di sebuah kelompok di bandar Daegu, melibatkan gereja Shincheonji Church of Jesus, yang seringkali dituduh melakukan pendewaan.

Kes pertama dari kelompok itu melibatkan seorang wanita berusia 61 tahun yang mula mengalami demam pada 10 Feb namun tetap menghadiri upacara di gereja tersebut sebelum beliau didiagnos.

Para peserta yang dipercayai hadir di upacara sama dengan wanita yang dijangkiti itu telah diarahkan menjalani kuarantin sendiri.

Sumber : Agensi berita/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan