Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan raikan 30 tahun kerjasama dengan ASEAN

Seramai 200 wakil negara-negara anggota ASEAN memulakan penjelajahan tiga hari menaiki kereta api merentas Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan raikan 30 tahun kerjasama dengan ASEAN
Diterbitkan : 16 Oct 2019 06:40PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 06:41PM

SEOUL: Seramai 200 wakil negara-negara anggota ASEAN memulakan penjelajahan tiga hari menaiki kereta api merentas Korea Selatan.

Penjelajahan tersebut menandakan 30 tahun terjalinnya kerjasama antara Korea Selatan dengan negara-negara ASEAN. Ia diadakan menjelang sidang puncak ASEAN-Korea Selatan di Busan bulan depan.

Program itu bertujuan mempromosikan pertukaran ekonomi, budaya dan antara rakyat.

Para pesertanya yang termasuk pegawai-pegawai, pemimpin perniagaan dan belia akan melawat lima buah bandar di Korea Selatan.

Mereka akan mengambil bahagian dalam acara-acara yang berkenaan dengan sejarah serta pembangunan industri.

Sepanjang perjalanan menaiki kereta api itu juga, para peserta akan turut dihiburkan dengan persembahan para artis 11 negara anggota ASEAN.

Menurut Presiden Jawatankuasa Dasar Baharu Selatan, Joo Hyung-Chul, pelancaran kereta api ASEAN-Korea Selatan tersebut menjadi mercu tanda perjalanan bersama antara ASEAN dengan Korea Selatan bagi menjana hubungan masa depan yang bertenaga dan bermakna buat jangka panjang. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan