Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan mungkin kawal eksport vaksin demi pastikan bekalan vaksin mencukupi

Korea Selatan sedang menimbangkan semua pilihan untuk memastikan ia mempunyai bekalan vaksin koronavirus yang mencukupi, menurut seorang pegawai kanan vaksin pada Selasa (6 April) semasa menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan menghadkan eksport vaksin buatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan mungkin kawal eksport vaksin demi pastikan bekalan vaksin mencukupi

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 09:36PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 09:40PM

SEOUL: Korea Selatan sedang menimbangkan semua pilihan untuk memastikan ia mempunyai bekalan vaksin koronavirus yang mencukupi, menurut seorang pegawai kanan vaksin pada Selasa (6 April) semasa menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan menghadkan eksport vaksin buatan negara itu.

Komen itu dikeluarkan sedang pihak berkuasa berdepan dengan tindak balas rakyat kerana terlalu bergantung kepada skim perkongsian vaksin global COVAX untuk sebahagian besar suntikan vaksin negara itu, sedang penghantaran yang mengalami kelengahan mengancam akan memperlahankan program vaksinasi negara tersebut.

Pengumuman minggu lalu bahawa Korea Selatan hanya akan menerima 432,000 dos dan bukan 690,000 dan kemungkinan penghantaran akan mengalami kelengahan sehingga minggu ketiga April, merupakan kali kedua pengagihan vaksin negara itu terjejas oleh bekalan yang tergendala.

Apabila ditanya sama ada pihak berkuasa sedang menimbangkan untuk menyekat eksport ke atas vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh unit biosains SK Chemicals, ketua pasukan petugas pengurusan vaksinasi COVID-19 memberitahu para wartawan bahawa semua pilihan sedang dipertimbangkan.

Vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh SK dihantar ke Thailand, Vietnam, Taiwan dan skim perkongsian vaksin global COVAX yang tujuan utamanya adalah untuk memastikan bekalan vaksin dihantar kepada 64 negara miskin.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) juga menyatakan bahawa pihaknya akan membuat pengumuman berkaitan laporan yang mendakwa pengawal selia Britain sedang menimbangkan saranan untuk menghadkan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam kalangan penduduk lebih muda disebabkan oleh kebimbangan terhadap darah beku meskipun ia jarang berlaku.

Hampir sejuta dos pertama vaksin itu sudah diagihkan setakat sehingga Isnin, dengan KDCA melaporkan 478 kes baru, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara itu sebanyak 106,230 kes, dengan 1,752 kematian.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan