Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan lapor lebih 300 kes COVID-19 lima hari berturut-turut

Korea Selatan melaporkan lebih 300 kes jangkitan COVID-19 dalam masa 24 jam buat lima hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor lebih 300 kes COVID-19 lima hari berturut-turut

Seorang peserta menjalani pembasmian kuman apabila beliau tiba di sebuah ekspo pertahanan, DX Korea 2020 di Goyang, Korea Selatan pada 18 Nov. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Nov 2020 01:25PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 01:26PM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan lebih 300 kes jangkitan COVID-19 dalam masa 24 jam buat lima hari berturut-turut.

Sebanyak 330 kes dilaporkan, sekali gus membawa jumlah terkumpul di negara itu kepada hampir 30,800.

Jangkitan berkelompok dilaporkan di perhimpunan privet, kemudahan awam dan hospital.

Seoul meningkatkan tahap jarak sosialnya ke Tahap 1.5 pada Khamis lalu untuk mencegah gelombang baru penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan sedang menimbangkan untuk menaikkan lagi tahap amaran tersebut bagi membendung jangkitan daripada terus melonjak.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan