Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan lapor 450 kes baru COVID-19

Korea Selatan melaporkan 450 kes baru COVID-19 pada Ahad (29 Nov), iaitu pertama kali sejak tiga hari lalu, jumlah jangkitan adalah di bawah 500 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan lapor 450 kes baru COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 06:28PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 06:29PM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 450 kes baru COVID-19 pada Ahad (29 Nov), iaitu pertama kali sejak tiga hari lalu, jumlah jangkitan adalah di bawah 500 kes.

413 daripadanya adalah kes jangkitan tempatan.

Kes-kes jangkitan baru mempunyai kaitan dengan beberapa kelompok termasuk sekolah, pejabat, hospital dan perjumpaan keluarga.

Jumlah jangkitan baru meningkat di Korea Selatan, selepas negara itu melonggarkan penguatkuasaan jarak selamatnya bulan lalu.

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan kini menghadapi tekanan untuk meningkatkan langkah-langkah jarak selamat, sedang jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara itu kini melebihi 33,800 kes.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan