Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan laksanakan sekatan COVID-19 lebih ketat

Di bawah sekatan yang lebih ketat, semua acara tidak boleh diadakan baik di dalam mahupun di luar bangunan kecuali majlis perkahwinan dan upacara kematian. 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan laksanakan sekatan COVID-19 lebih ketat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 08:14PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 08:16PM

SEOUL: Sekatan lebih ketat bagi mencegah COVID-19 di Korea Selatan bermula hari ini (23 Dis) di ibu kota Seoul.

Ini termasuk melarang pertemuan lebih daripada empat orang.

Sekatan itu akan dikuatkuasakan di seluruh negara mulai esok dalam usaha pemerintah mencegah kenaikan besar jumlah kes baru dalam musim cuti hujung tahun.

Hari ini hampir 1,100 jangkitan dan 17 kematian baru dilaporkan di Korea Selatan.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya kepada lebih 52,000 kes dan sekitar 740 kematian.

Di bawah sekatan yang lebih ketat, semua acara tidak boleh diadakan baik di dalam mahupun di luar bangunan kecuali majlis perkahwinan dan upacara kematian.

Semua pusat peranginan bermain ski dan tempat tarikan pelancong lain ditutup mulai esok hingga 3 Januari depan.

Sekatan-sekatan terbaru itu adalah langkah yang paling ketat pernah dilaksanakan pemerintah Korea Selatan bagi membendung gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara itu. 

Sumber : Agensi berita/NF/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan