Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan catat paras rekod 1,842 kes baru COVID-19

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Korea Selatan setakat Khamis (22 Jul) meningkat kepada 184,103 kes, dengan 2,063 kematian, menurut data pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan catat paras rekod 1,842 kes baru COVID-19

Orang ramai beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di sebuah tapak ujian yang dibina sementara di stesen kereta api di Seoul, Korea Selatan, pada 7 Jul 2021. (Gambar: Heo Ran/REUTERS)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 11:15AM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 11:21AM

SEOUL: Korea Selatan pada Khamis (22 Jul) melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 yang mencecah paras rekod dengan sebanyak 1,842 kes baru dicatatkan, sedang negara itu bergelut menangani gelombang penularan paling dahsyat di tengah-tengah peningkatan kes yang disebabkan oleh jangkitan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

Perangkaan terkini itu termasuk 270 kelasi kapal anti-lanun yang melakukan rondaan di perairan dekat Afrika yang dibawa pulang pada Selasa setelah dijangkiti COVID-19.

Pihak berkuasa sedang menimbangkan untuk memperluaskan sekatan di ibu kota Seoul dan kawasan-kawasan di sekelilingnya, sedang kelompok-kelompok kecil terus dikesan di merata negara.

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di Korea Selatan kini meningkat kepada 184,103 kes, dengan 2,063 kematian, menurut data pihak berkuasa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan