Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan catat jumlah rekod kes baru COVID-19 susuli langkah sekatan dilonggarkan

Korea Selatan melaporkan jumlah rekod 3,292 kes baru COVID-19, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Khamis (18 Nov), sedang negara itu bergerak ke fasa pertama 'hidup bersama COVID-19' dengan langkah-langkah sekatan dilonggarkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Korea Selatan melaporkan jumlah rekod 3,292 kes baru COVID-19, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Khamis (18 Nov), sedang negara itu bergerak ke fasa pertama 'hidup bersama COVID-19' dengan langkah-langkah sekatan dilonggarkan.

Jumlah kes yang meningkat itu diramalkan berlaku oleh pegawai dan pakar setelah sebahagian besar sekatan jarak selamat dilonggarkan pada awal bulan ini.

Ini setelah negara itu melepasi sasaran memberi vaksin kepada 70 peratus daripada 52 juta penduduk.

Lebih 78.5 peratus penduduk kini sudah lengkap divaksin, termasuk lebih daripada 90 peratus golongan dewasa.

KDCA menyatakan jumlah kes serius juga meningkat disebabkan kesan perlindungan daripada vaksin koronavirus yang semakin merosot dalam golongan mudah terjejas seperti warga emas pada awal tempoh pemberian vaksin, sekali gus menyebabkan jumlah kes jangkitan baru meningkat.

Setakat Khamis (18 Nov), terdapat 506 kes serius, merosot sedikit berbanding jumlah rekod 522 yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Bagi membendung lonjakan itu, KDCA menyatakan pada Rabu jarak waktu bagi dos penggalak dipendekkan kepada empat bulan bagi penduduk berusia 60 tahun dan ke atas serta mereka yang bekerja atau tinggal di rumah jagaan dan kemudahan mudah terjejas yang lain.

Katil hospital diisi dengan cepat di kawasan Seoul, dengan hanya sekitar 30 peratus di unit jagaan rapi (ICU) belum diisi setakat Rabu (17 Nov).

KDCA menyatakan ia akan mempertimbangkan untuk melaksanakan tempoh pemutus rantaian jangkitan terhadap pelonggaran langkah-langkah jarak selamat jika lebih 75 peratus katil ICU digunakan di seluruh negara itu dan adanya faktor-faktor lain yang menimbulkan risiko tinggi. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan