Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan catat jumlah rekod harian COVID-19

Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun mendedahkan pada Jumaat (25 Dis) bahawa 1,241 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Khamis (24 Dis), jumlah harian tertinggi pernah dicatat, dengan penularan besar berlaku di sebuah penjara di Seoul.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan catat jumlah rekod harian COVID-19

Kain rentang nasihat kesihatan COVID-19 di Seoul, Korea Selatan (Gambar: REUTERS/Heo Ran)

Diterbitkan : 25 Dec 2020 03:37PM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 03:40PM

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun mendedahkan pada Jumaat (25 Dis) bahawa 1,241 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Khamis (24 Dis), jumlah harian tertinggi pernah dicatat, dengan penularan besar berlaku di sebuah penjara di Seoul.

Korea Selatan sebelum ini mencatat kejayaan awal dalam mengawal wabak dengan pantas menerusi ujian dan pengesanan kontak secara agresif, Namun kini ia bergelut dengan lonjakan jumlah kes baru-baru ini.

Sekatan yang lebih ketat untuk membendung kes-kes baru dilaksanakan minggu ini, termasuk larangan perhimpunan sosial melebihi lima orang. Resort-resort ski dan tempat pelancongan ditutup sebagai sebahagian usaha untuk mengekang penularan selama cuti Krismas dan Tahun Baru.

"Rekod kes harian yang disahkan mencapai tahap baru semalam dengan 1,241 kes," kata PM Chung dalam mesyuarat tindak balas COVID-19, sambil menambah walaupun sebahagian besar masyarakat mematuhi peringatan pemerintah, ramai yang masih melanggar peraturan jarak sosial.

Kes-kes baru yang dilaporkan termasuk penularan di Seoul, kata PM Chung, tanpa menyatakan secara khusus jumlah kes di sana.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea kemudian menyatakan jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 54,770 dengan 17 lagi kematian, menjadikan angka korban keseluruhan seramai 773.

Ujian dipertingkat untuk mengesan kes yang tidak diketahui usulnya dan pesakit yang tidak menunjukkan gejala. PM Chung berkata ujian harian di Seoul dan wilayah-wilayah terpencil kini menjangkaui 110,000.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan