Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan berjaya lancar peluru berpandu balistik dari kapal selam buatan sendiri

Korea Selatan berjaya menguji pelancaran peluru berpandu balistik dari kapal selam (SLBM) buatan sendiri, menurut laporan pada Selasa (7 Sep), sedang ia berusaha untuk meningkatkan keupayaan pertahanannya terhadap Korea Utara yang dilengkapi dengan senjata nuklear.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan berjaya lancar peluru berpandu balistik dari kapal selam buatan sendiri

(Gambar fail: AFP/Ed Jones)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 03:52PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 03:54PM

SEOUL: Korea Selatan berjaya menguji pelancaran peluru berpandu balistik dari kapal selam (SLBM) buatan sendiri, menurut laporan pada Selasa (7 Sep), sedang ia berusaha untuk meningkatkan keupayaan pertahanannya terhadap Korea Utara yang dilengkapi dengan senjata nuklear.

Pyongyang sejak sekian lama cuba membangunkan teknologi SLBM dan ia mempamerkan empat alat sedemikian dalam perbarisan tentera yang disaksikan oleh pemimpin Kim Jong Un pada Januari, dengan media rasmi KCNA menyifatkannya sebagai "senjata paling hebat di dunia".

Meskipun Korea Utara sudah mengeluarkan gambar pelancarannya dari dasar laut pada 2019, para penganalisis percaya bahawa pelancaran itu adalah dari sebuah pelantar tetap dan bukan kapal selam.

Agensi Pembangunan Pertahanan Korea Selatan minggu lalu menjalankan ujian pelancaran SLBM dari dasar laut daripada kapal selam baru dari kelas 3,000 tan yang dilengkapi dengan enam tiub pelancaran menegak, menurut agensi berita Yonhap yang turut menukil sumber tentera yang tidak didedahkan identitinya.

SLBM dipercayai adalah varian peluru berpandu balistik Hyunmoo-2B negara itu, yang berkeupayaan menemui sasarannya sekitar 500km, dan akan dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan setelah satu lagi ujian diljalankan kelak, tambah kenyataan tersebut.

Korea Selatan adalah antara segelintir negara yang berjaya membangunkan SLBM.

Seoul pada Isnin memperuntukkan hampir 1.5 trilion won (AS$1.3 bilion atau S$1.75 bilion) untuk kajian dan pengembangan (R&D) teknologi pertahanan pada tahun depan dengann permintaan bagi menampung perbelanjaan itu sudahpun diserahkan kepada parlimen.

Jika diluluskan, ia merupakan peningkatan sebanyak 76 peratus dalam belanjawan Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan, yang akan digunakan untuk "membangunkan teknologi canggih" secara aktif, menurut satu kenyataan media.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan