Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan bergelut kesan 50 warga asing yang mungkin terdedah kepada virus MERS

Pihak berkuasa Korea Selatan sedang cuba untuk mengesan sekitar 50 warga asing yang mungkin terdedah kepada seorang pesakit yang disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) baru-baru ini. Kes jangkitan itu merupakan yang pertama dilaporkan di Korea Selatan dalam tempoh tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan bergelut kesan 50 warga asing yang mungkin terdedah kepada virus MERS

(Gambar fail: Jung Yeon-je/AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 08:37AM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 08:43AM

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan sedang cuba untuk mengesan sekitar 50 warga asing yang mungkin terdedah kepada seorang pesakit yang disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) baru-baru ini. Kes jangkitan itu merupakan yang pertama dilaporkan di Korea Selatan dalam tempoh tiga tahun.

50 warga asing itu termasuk para penumpang pesawat Emirates EK322 dari Dubai yang tiba di Lapangan Terbang Incheon pada Jumaat (7 Sep), menurut laporan tempatan. Pesakit yang dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 61 tahun turut menaiki pesawat yang sama.

Akhbar Korea Herald pada Selasa (11 Sep) menukil Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) sebagai menyatakan bahawa adalah amat sukar untuk pihaknya mengesan para individu tersebut kerana para pengunjung asing di Korea biasanya tidak memiliki nombor telefon tempatan.

Pihak berkuasa juga sedang memantau rakaman CCTV awam serta pusat-pusat penginapan tempatan bagi mencari para pengunjung tersebut, menurut laporan itu lagi.

Pihak berkuasa mendedahkan demikian dua hari selepas KCDC meningkatkan tahap amaran Penyakit Berjangkit Kebangsaan dari peringkat "biru" kepada "kuning".

Amaran "biru" menandakan bahawa tiada sebarang ancaman segera kes MERS dibawa masuk ke Korea Selatan manakala amaran "kuning" pula bermakna MERS sudah dibawa masuk ke negara itu.

Pesakit, seorang rakyat Korea Selatan, disahkan dijangkiti MERS pada Sabtu (8 Sep) setelah pulang dari Kuwait sehari sebelumnya.

Beliau menaiki dua pesawat dari Kuwait ke Seoul - iaitu pesawat Emirates EK860 dari Kuwait ke Dubai dan pesawat EK322 dari Dubai ke Seoul. Menurut akhbar The Korea Herald, pesawat EK322 membawa sekitar 440 penumpang.

Ketua KCDC Chung Eun-gyeong berkata bahawa sejauh ini, pihak berkuasa sudahpun mengesan dan mengasingkan sekitar 20 orang yang terdedah kepada lelaki berkenaan. Mereka termasuk kakitangan perubatan, pramugari dan penumpang pesawat.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan