Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korea Selatan, AS berlumba-lumba jadi negara pertama dunia tawarkan khidmat 5G

Persaingan antara syarikat-syarikat telko Korea Selatan dengan Amerika Syarikat semakin bertambah sengit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan, AS berlumba-lumba jadi negara pertama dunia tawarkan khidmat 5G

Persaingan antara syarikat-syarikat telko Korea Selatan dengan Amerika Syarikat semakin bertambah sengit. (Gambar: Jung Yeon-Je/AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 10:51AM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 10:56AM

SEOUL: Persaingan antara syarikat-syarikat telko Korea Selatan dengan Amerika Syarikat semakin bertambah sengit.

Kedua-dua negara berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama di dunia untuk menawarkan khidmat tanpa wayar 5G.

Syarikat telko Verizon di Amerika sudah melancarkan khidmat 5G di dua bandar Rabu lalu, seminggu lebih awal dari jadual asal.

Namun menurut agensi berita Yonhap, Korea Selatan sudah mendahului Verizon dengan melancarkan khidmatnya dua jam lebih awal daripada gergasi telko Amerika itu.

Ketersambungan Generasi Kelima atau 5G akan membolehkan jauh lebih banyak peranti untuk mengakses internet secara serentak.

Purata kelajuan muat turun bagi khidmat 4G adalah sekitar 45 megabit setiap saat.

5G menawarkan kelajuan sehingga 19 kali ganda lebih pantas, dengan kelajuan tertingginya boleh mencapai hampir satu gigabit setiap saat.

Ini bermakna penstriman video menerusi telefon bijak boleh berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang gangguan. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan