Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban gempa bumi Lombok cecah 555 nyawa

Beberapa gempa bumi yang menggegarkan pulau Lombok di Indonesia baru-baru ini meragut nyawa 555 orang, menurut agensi bencana Indonesia pada Jumaat (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Korban gempa bumi Lombok cecah 555 nyawa

Sekitar 390,000 penduduk masih kehilangan tempat teduh menyusuli gempa bumi di Indonesia pada Julai dan Ogos. (Gambar: Fred Dufour/AFP)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 11:11PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 11:14PM

JAKARTA: Beberapa gempa bumi yang menggegarkan pulau Lombok di Indonesia baru-baru ini meragut nyawa 555 orang, menurut agensi bencana Indonesia pada Jumaat (24 Ogos).

Hampir 1,500 orang cedera dan 390,000 lagi penduduk kehilangan tempat tinggal ekoran bencana itu.

Pulau peranginan yang terletak berhampiran Bali itu dilanda dua gempa bumi kuat pada 29 Julai dan 5 Ogos. Pada Ahad (19 Ogos) pula, ia digegarkan dengan gempa susulan, yang paling kuat berukuran 6.9 pada skala Richter.

Menurut agensi bencana Indonesia, kebanyakan korban jiwa berlaku di utara Lombok dengan beberapa lagi terbunuh di pulau Sumbawa.

Ketua agensi berkenaan, Sutopo Purwo Nugroho dipetik berkata, bekalan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal masih diedarkan.

Pihak berkuasa menganggarkan gempa bumi itu menyebabkan kerugian berjumlah AS$348 juta (S$476 juta) dalam bentuk kerosakan.

Dianggarkan lebih tujuh trilion Rupiah (S$654 juta) diperlukan untuk membangunkan semula infrastruktur susulan kejadian gempa tersebut. 

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan