Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kontraktor binaan maut ditembak di George Town

Seorang kontraktor binaan maut selepas ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah tempat letak kereta di flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jalan Sungai Pinang pada malam tadi (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kontraktor binaan maut ditembak di George Town

Polis kini memburu dua lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di George Town. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 10:41AM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 10:45AM

GEORGE TOWN: Seorang kontraktor binaan maut selepas ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah tempat letak kereta di flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jalan Sungai Pinang pada malam tadi (13 Jan).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, berkata kejadian itu berlaku pada sekitar 11.30 malam. Ketika itu, Mohammad Nazrulhisyam Mohamed Meera, 27 tahun, sedang berbual dengan enam rakannya di kawasan berkenaan sebelum sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang dinaiki dua lelaki berhenti berdekatan mereka.

"Pembonceng belakang turun dari motosikal tersebut dan melepaskan tembakan ke arah mangsa serta terkena bahagian kepala dan badan.

"Akibat tembakan itu, mangsa rebah dan terbaring atas lantai namun suspek masih melepaskan beberapa tembakan ke arah mangsa sebelum dua lelaki berkenaan melarikan diri dengan motosikal mereka," katanya hari ini (14 Jan).

Menurut Encik Che Zamani, rakan-rakan mangsa menghubungi polis selepas kejadian itu dan semasa suspek melepaskan tembakan pertama, mereka lari menyelamatkan diri kerana bimbang turut ditembak.

Encik Che Zaimani berkata mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 12.48 tengah malam selepas mengalami kecederaan parah akibat ditembak.

Menurut saksi di tempat kejadian, suspek yang memakai pakaian serba hitam dan topi keledar warna hitam dengan visor penuh melepaskan sekurang-kurangnya lima das tembakan ke arah mangsa.

"Jarak antara lelaki yang melepaskan tembakan semasa menembak mangsa adalah lebih kurang tiga meter dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat lima kesan tembakan di badan mangsa," katanya, sambil menambah bahawa mangsa mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah.

Encik Che Zamani berkata motif kejadian masih disiasat.

Polis kini sedang memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian tembakan itu.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan