Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Kontena terbang' taktik baru seludup masuk rokok di M'sia

Sindiket penyeludupan rokok semakin licik dengan terbaru menggunakan modus operandi yang dikenali sebagai 'kontena terbang' bagi membawa masuk barang terlarang itu ke dalam negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Encik Abdul Latif Abdul Kadir.

Anggaran Waktu Membaca:
'Kontena terbang' taktik baru seludup masuk rokok di M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Nov 2020 10:34PM Dikemas Kini : 25 Nov 2020 10:37PM

DENGKIL: Sindiket penyeludupan rokok semakin licik dengan terbaru menggunakan modus operandi yang dikenali sebagai 'kontena terbang' bagi membawa masuk barang terlarang itu ke dalam negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Encik Abdul Latif Abdul Kadir.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata ahli sindiket tidak akan mengikrarkan barangan yang dibawa di dalam kontena sebaliknya mendakwa kontena yang dibawa masuk adalah kosong ketika melalui pintu masuk negara.

"Modus operandi 'kontena terbang' tersebut kononnya untuk mengelak kontena yang dibawa itu diperiksa oleh pegawai kastam yang bertugas.

"Ada pelbagai modus operandi digunakan sindiket untuk membawa masuk barang terlarang antaranya mereka ikrar barangan lain atau menyembunyikan rokok seludup di tengah-tengah barangan lain yang ada di dalam kontena," katanya dalam sidang media di sini, hari ini (25 Nov).

Encik Abdul Latif berkata pihaknya sudah merampas 785 juta batang rokok seludup dengan nilai cukai berjumlah RM539 juta (S$178 juta) sejak Januari hingga 1 Nov tahun ini.

Mengulas operasi pada 18 Nov lepas, Encik Abdul Latif berkata pihaknya merampas empat lori yang membawa 11.3 juta batang rokok bernilai RM2.3 juta (S$758,000) di sekitar Lembah Klang, melibatkan penahanan tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki asing berumur antara 32 hingga 42 tahun dalam operasi di Kepong, Batu Caves dan Jinjang.

“Jumlah duti dan cukai dalam rampasan ini adalah RM7.7 juta (S$2.5 juta). Rokok yang dirampas ini dipercayai dibawa masuk menggunakan kontena dari negara jiran,” katanya. 

Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memindahkan rokok seludup daripada kontena ke dalam lori di kawasan tersembunyi sebelum ia diedarkan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, katanya.

"Aktiviti penyeludupan rokok seludup ke negara ini masih berlaku sebab terdapat permintaan tinggi daripada pihak-pihak tertentu," katanya, yang menegaskan pelbagai operasi akan terus dilaksanakan bagi memerangi aktiviti penyeludupan yang merugikan negara dari segi hasil.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan