Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Konsulat Kanada di Hong Kong larang kakitangan ke China

Kedutaan Kanada di Hong Kong menyatakan bahawa ia melarang kakitangan tempatannya untuk ke tanah besar China.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsulat Kanada di Hong Kong larang kakitangan ke China
Diterbitkan : 23 Aug 2019 04:56PM Dikemas Kini : 23 Aug 2019 05:06PM

HONG KONG: Kedutaan Kanada di Hong Kong menyatakan bahawa ia melarang kakitangan tempatannya untuk ke tanah besar China.

Ini selepas Kementerian Luar China mengesahkan kelmarin, seorang pegawai Konsulat Britain, Simon Cheng ditahan sejak 8 hari bulan lalu.

Cheng, 28 tahun, ditahan di bandar sempadan Shenzhen.

Beijing mendakwa Cheng ditahan kerana melanggar undang-undang keselamatan awam.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan dalam hubungan China dengan Britain.

Beijing dikatakan marah dengan apa yang didakwanya sebagai campur tangan London berhubung bantahan-bantahan yang berterusan di Hong Kong sehingga melumpuhkan bekas wilayah Britain itu.  

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan