Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Komplot pengeboman Bangkok: 9 dihukum penjara

Sebuah mahkamah di Bangkok menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun ke atas sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam komplot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok dua tahun lalu dalam ‘kes budu’ seperti yang digelar oleh media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Komplot pengeboman Bangkok: 9 dihukum penjara

Tarmizi Tohtayong, salah seorang yang didakwa, tiba di mahkamah (Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 01:47PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 02:05PM

BANGKOK: Sebuah mahkamah di Bangkok menjatuhkan hukuman penjara antara empat hingga enam tahun ke atas sembilan lelaki dari selatan Thailand kerana terlibat dalam komplot untuk mengebom tempat strategik di Bangkok dua tahun lalu dalam ‘kes budu’ seperti yang digelar oleh media tempatan.

Lima lagi lelaki yang menghadapi tuduhan yang sama dibebaskan setelah Mahkamah Jenayah membuat keputusan membatalkan tuduhan terhadap mereka.

Menurut mahkamah, lapan lelaki dijatuhi hukuman empat tahun penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah atas pertuduhan yang berkaitan dengan Pertubuhan Rahsia dan Konspirasi.

Mahkamah menghukum seorang lagi lelaki selatan Thai enam tahun penjara selepas didapati bersalah kerana memiliki bahan letupan yang dikenali sebagai "PETN" ketika dia ditangkap.

Kesemua 14 lelaki itu, berusia antara 20 hingga 31 tahun berasal dari wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala di selatan Thailand. Keluarga mereka datang dari jauh di selatan Thailand ke Bangkok semata-mata untuk hadir semasa mahkamah membuat keputusan hari ini (25 Sep).

Bercakap kepada media selepas keputusan itu, peguam bagi defendan, Kitcha Ali-Ishoh berkata beliau akan mengemukakan rayuan ke mahkamah dalam tempoh 30 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.

Beliau berkata kelima-lima lelaki yang dilepaskan oleh mahkamah akan dibebaskan dari penjara Bangkok hari ini.

Dalam kes yang menarik perhatian meluas oleh media, kesemua lelaki selatan Thai itu ditangkap dalam satu siri serbuan oleh anggota polis dan tentera selepas pihak berkuasa mendakwa terdapat komplot untuk mengebom beberapa sasaran di Bangkok termasuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Komplot itu termasuk apa yang didakwa pihak berkuasa sebagai bom kereta serta beberapa siri pengeboman di selatan Thailand beberapa bulan sebelum ini.

Ketika salah satu serbuan di kawasan penduduk Islam di Ramkhamhaeng pihak berkuasa juga merampas beberapa botol budu daripada suspek.

Ekoran rampasan bahan makanan yang terkenal di kalangan rakyat selatan Thailand itu media tempatan menggelar kes penahanan 14 lelaki itu sebagai “kes budu”. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan