Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Komen Menteri Besar Selangor berhubung pemergian Ustaz Hassan Azhari

Kerajaan Selangor menyifatkan pemergian tokoh agama terkenal negara Ustaz Hassan Azhari, ibarat 'kehilangan permata dalam bidang keagamaan'.

Anggaran Waktu Membaca:
Komen Menteri Besar Selangor berhubung pemergian Ustaz Hassan Azhari

Allahyarham Ustaz Hassan Azhari. (Petikan gambar dari video YouTube)

Diterbitkan : 07 Oct 2018 05:34PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 05:37PM

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyifatkan pemergian tokoh agama terkenal negara Ustaz Hassan Azhari, ibarat 'kehilangan permata dalam bidang keagamaan'.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ia kerana Allahyarham sudah banyak memberi sumbangan dalam bidang keagaman khususnya berkaitan pengajian Al-Quran di negara itu.

"Allahyarham juga merupakan guru agama kepada keluarga Istana termasuk Tuanku (Sultan Selangor) sejak zaman Nenda, bapa dan Tuanku sendiri.

“Atas jasa-jasa ini, Tuanku memberi perkenan Allahyarham untuk dikebumikan di makam ini sesuai dengan sumbangannya kepada negara," katanya kepada para wartawan selepas menghadiri majlis pengkebumian itu di Makam Diraja Shah Alam Seksyen 5 di sini, hari ini (7 Okt).

Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Ustaz Hassan, 90 tahun, yang juga lazim menjadi hakim pelbagai tilawah al-Quran meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 5.00 petang semalam (6 Okt), akibat kanser limfoma.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di makam itu sekitar jam 9.40 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Saya mewakili rakyat Selangor turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham dan semoga anggota keluarganya diberikan kesabaran menghadapi ujian ini," tambah Encik Amirudin.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan