Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

KLM mohon maaf isu papan tanda COVID-19 cetus kemarahan Korea Selatan

KLM, syarikat penerbangan Belanda di bawah Air France KLM, memohon maaf hari ini (14 Feb) selepas seorang kakitangannya mencetuskan kemarahan warga online apabila memuat naik papan tanda dalam bahasa Korea, mengatakan penumpang tidak dibenarkan menggunakan tandas kerana penularan virus korona baru.

Anggaran Waktu Membaca:
KLM mohon maaf isu papan tanda COVID-19 cetus kemarahan Korea Selatan

(Gambar: Twitter/Ben Schlappig)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 06:35PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 06:39PM

SEOUL: KLM, syarikat penerbangan Belanda di bawah Air France KLM, memohon maaf hari ini (14 Feb) selepas seorang kakitangannya mencetuskan kemarahan warga online apabila memuat naik papan tanda dalam bahasa Korea, mengatakan penumpang tidak dibenarkan menggunakan tandas kerana penularan virus korona baru.

Papan tanda ditulis tangan mengatakan ‘tandas untuk anak kapal sahaja’ tular di Korea Selatan minggu ini, selepas seorang penumpang penerbangan 10 jam dari Amsterdam ke lapangan terbang Incheon di Seoul memuat naik gambar itu, Isnin lalu.

Penumpang itu menuduh KLM mendiskriminasi penumpang warga Korea Selatan kerana papan tanda itu hanya ditulis dalam bahasa Korea.

“KLM... Hari ini kamu secara jelas mendiskriminasi kaum. Menggunakan virus korona sebagai alasan. Kamu perlu mohon maaf kepada rakan saya dan Korea,” tulis seorang pengguna Twitter dalam bahasa Inggeris dan Korea mengenai insiden itu, yang mendapat ribuan kongsi tweet dan tanda suka.

Selain itu, tanda hashtag " BoycottKLM" juga menjadi popular di Twitter Korea.

Hari ini, eksekutif KLM memohon maaf secara terbuka pada sidang media di Seoul, menjelaskan mereka memandang serius dakwaan diskriminasi itu dan berjanji akan memastikan ia tidak berulang.

“Ini adalah satu kesilapan, dan kami tidak mengambil mudah perkara ini. Kami mohon maaf kerana ia dilihat sebagai diskriminasi, yang bukan niat asal anak kapal itu,” kata Pengurus Besar serantau Air France-KLM, Guillaume Glass.

Anak kapal itu memaklumkan, penggunaan bahasa Korea bukan disengajakan. Notis berbahasa Inggeris dipasang selepas aduan daripada penumpang, kata Encik Glass.

Jelasnya lagi, tiada sebarang peraturan dan dasar KLM untuk mengkhaskan tandas untuk anak kapal.

Duta Besar Belanda Joanne Doornewaard melahirkan rasa kesal atas kejadian itu dalam pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Kim Hyun-mee, menurut seorang pegawai kementerian kepada Reuters. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan