Images
  • Biden
    Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. (Photo: AFP/Getty/Drew Angerer)

Kiraan semula di Georgia dijangka mengesahkan kemenangan Biden dalam pilihan raya AS

WASHINGTON: Georgia dijangka meneluarkan keputusan undi yang dikira semula bagi mengesahkan bakal Presiden terpilih Joe BIden sebagai pemenang di sana.

Ini sedang Encik Donald Trump dan pasukan guamannya menekankan bahawa penipuan meluas telah berlaku.

Jika keputusan kiraan semula itu dikeluarkan pada Jumaat (20 Nov) Encik Biden akan disahkan sebagai calon presiden pertama daripada parti Democrat yang menang di negeri yang terletak di selatan Amerika Syarikat itu dalam hampir tiga dekad.

Presiden Trump pula membuat dakwaan tidak berasas bahawa terdapat penipuan pada kiraan semula sekitar lima juta undi di Georgia dan "kemenangan akan berpihak" kepada dirinya jika pihak berkuasa menjalankan proses yang lebih adil.

Namun para pegawai Georgia mempertahankan kewibawaan audit yang dijalankan dan berkata tiada bukti bahawa kiraan semula undi itu akan mengubah keputusannya.

Encik Trump bagaimanapun mengarahkan peguamnya Rudy Giulani untuk mengadakan sidang media pada Khamis di mana beliau membacakan afidavit-afidavit yang mendakwa bahawa penipuan undi berlaku di beberapa negeri dan mengatakan kempen Encik Trump akan mengambil tindakan undang-undang di Georgia.

Encik Giulani, yang merupakan mantan datuk bandar New York, juga secara terbuka menuduh Democrat sebagai "penjahat" yang melakukan penipuan besar-besaran di beberapa negeri yang disaingi sengit "untuk mencuri pilihan raya daripada rakyat Amerika".

Sedang Encik Giulani dan para peguam Encik Trump yang lain mengetengahkan dakwaan mereka, presiden itu - yang dipercayai menonton prosidingnya di televisyen - memuat naik catatan di Twitter untuk memuji mereka kerana dengan terang mendedahkan tentang "kes yang boleh mudah ditentukan sebagai penipuan pengundi".

Awal daripada itu, dalam catatan lain Encik Trump berkata Democrat "terperangkap" di Georgia, tanpa menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh beliau dan mendakwa jauh lebih banyak undi akan ditambah untuk dirinya berbanding jumlah yang beliau perlukan untuk mengubah keputusan di negeri itu.

Encik Biden diisytiharkan sebagai pemenang Georgia pada minggu lalu setelah meraih 306 undi badan perwakilan pemilih berbanding 232 undi yang diraih Encik Trump. Ini sekali gus menafikan hasrat Encik Trump menjadi presiden buat penggal kedua.

Pasukan guaman Encik Trump sudahpun melancarkan puluhan tuntutan mahkamah - sebahagian daripadanya sudahpuan ditolak - di negeri-negeri disaingi sengit seperti Pennsylvania dan menuntut agar undi dikira semula di Wisconsin.

Di Michigan, kontroversi itu mula reda setelah seorang pegawai lembaga kempen Republican yang enggan mengesahkan keputusan pilihan raya di daerah yang mempunyai ramai penyokong Democrat kemudiannya mengubah pendiriannya, sebelum berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Encik Trump.

"Beliau mahu memastikan saya selamat setelah melihat/mendengar tentang ancaman dan perbuatan mengongsi maklumat peribadi di wadah online (doxxing)," kata Cik Palmer kepada Detroit Free Press, merujuk kepada maklumat mengenai dirinya yang dimuat naik ke media sosial.

Sementara itu, kempen Encik Trump pada Khamis menarik balik tuntutan undang-undang di Michigan yang bertujuan untuk menghalang pengesahan keputusan pilihan raya di negeri itu.

Encik Biden menang di Michigan dengan kelebihan 155,000 undi, lebih 10 kali ganda berbanding kelebihan undi yang diraih Encik Trump di sana pada tahun 2016.

KIRAAN SEMULA UNDI 'BERHASIL'

Di Georgia, Encik Biden pada mulanya mendahului Encik Trump dengan kelebihan 14,000 undi.

Kiraan semula yang bermula minggu lalu dan selesai pada Rabu (18 Nov) merapatkan jurang itu sedikit kepada lebih 12,700 pada awal Khamis.

Beberapa percanggahan dikesan di daerah-daerah yang mana parti Republican mempunyai sokongan kuat, menurut Gabriel Sterling, pengurus sistem pengundian Georgia.

"Apa yang baik adalah, audit yang dijalankan berhasil. Ia mengesan sekumpulan undi itu," katanya kepada Fox News.

Masalah yang didapati berpunca daripada kesilapan manusia dan bukan penipuan, termasuk kad memori yang tidak diimbas di daerah Douglas dan Walton, lebih 2,700 undi yang hilang di daerah Fayette dan 2,600 undi daripada daerah Floyd yang tidak diimbas.

Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger, yang merupakan penyokong Republican seperti Cik Sterling, berkata tidak terdapat penipuan pengundi yang meluas. Beliau melahirkan keyakinan bahawa kiraan undi tidak menjejas keputusan.

"Saya tidak rasa bahawa ia akan mengubah keputusan keseluruhan akhirnya," Encik Raffensperger memberitahu CNN.

Ini bagaimanapun tidak menghalang Encik Trump daripada menyebarkan konspirasi palsu tentang penipuan meluas di Georgia dan di negeri-negeri lain.

- AFP/NK/nk

Top