Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un sasar sehingga 70 individu dalam kempen antirasuah

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilapor mengarahkan sehingga 70 individu dibuang negeri, dipenjara, atau dihukum mati dalam satu operasi yang dipaparkan media rasmi Korea Utara, sebagai satu kempen antirasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2019 11:52PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 11:57PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilapor mengarahkan sehingga 70 individu dibuang negeri, dipenjara, atau dihukum mati dalam satu operasi yang dipaparkan media rasmi Korea Utara, sebagai satu kempen antirasuah.

Sebuah institusi kumpulan pemikir warga Pyongyang yang berpaling tadah menyatakan, mereka yang disasarkan, dipercayai menggunakan kedudukan berpengaruh mereka, untuk meraih kemewahan.

Pusat Strategi Korea Utara di Seoul menukil seorang penganalisis sebagai berkata, Encik Kim sedang bertindak terhadap pihak-pihak yang mengkritiknya dan mengemas kini kedudukan kewangan negaranya yang masih menghadapi sekatan-sekatan ekonomi antarabangsa.

Encik Kim dijangka mendesak Presiden Trump mengurangkan sekatan-sekatan ke atas Pyongyang apabila mereka bertemu minggu depan.

Namun buat masa sekarang para penganalisis berkata Encik Kim mahu membanteras rasuah bagi memastikan isu tersebut tidak menghambat ekonomi Pyongyang.

Mereka yang terjejas dalam operasi terbaru Korea Utara itu termasuk para anggota pasukan tentera elit yang sebelum ini tidak pernah diganggu semasa pemerintahan bapa Encik Kim.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan