Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un dijadual tiba di Vietnam pada 25 Feb jelang sidang puncak Trump

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dijadual tiba di Vietnam pada 25 Februari menjelang sidang puncak kedua bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un dijadual tiba di Vietnam pada 25 Feb jelang sidang puncak Trump

Pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencipta sejarah. (Gambar: AFP/Saul Loeb)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 11:10PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 11:11PM

HANOI: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dijadual tiba di Vietnam pada 25 Februari menjelang sidang puncak kedua bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Demikian menurut tiga sumber yang mengetahui secara langsung jadual Encik Kim, kepada Reuters pada Sabtu (16 Feb).

Encik Trump dan Encik Kim dijadual mengadakan pertemuan di ibu kota Vietnam pada 27 dan 28 Februari bagi sidang puncak kedua, sejak pertemuan bersejarah yang pertama di Singapura pada Jun lalu.

Menurut satu sumber, Encik Kim akan melawat pangkalan pengilangan Bac Ninh serta bandar pelabuhan Hai Phong.

Presiden Vietnam merangkap setiausaha agung Parti Komunis yang memerintah, Nguyen Phu Trong, akan bertemu dengan Encik Kim sebelum lawatan Encik Trong ke Laos, menurut seorang lagi sumber.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan