Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un arahkan talian 'hotline' dengan Korea Selatan dibuka semula

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengeluarkan arahan pada 6.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Singapura) hari ini (3 Jan) untuk membuka semula talian hotline yang sekian lama tidak digunakan dengan Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un arahkan talian 'hotline' dengan Korea Selatan dibuka semula

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 01:30PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 01:32PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengeluarkan arahan pada 6.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Singapura) hari ini (3 Jan) untuk membuka semula talian hotline yang sekian lama tidak digunakan dengan Korea Selatan bagi mengadakan rundingan, menurut pegawai Korea Utara menerusi kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Rundingan tersebut bertujuan untuk mengadakan dialog secara rasmi mengenai delegasi Korea Utara yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan bulan depan, menurut pegawai tersebut.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan sehari selepas Korea Selatan mengusulkan untuk mengadakan rundingan peringkat tinggi dengan Korea Utara menyusuli amanat Tahun Baru Kim Jong Un yang menyuarakan kesediaan beliau untuk berbincang dengan Seoul.  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan