Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kilang Taiwan terbakar, 7 maut termasuk ahli bomba

Seramai tujuh orang terbunuh, lima daripadanya anggota bomba dalam kebakaran yang berlaku lewat malam semalam (28 Apr) di sebuah kilang elektronik di utara Taiwan, menurut jabatan bomba.

Anggaran Waktu Membaca:
Kilang Taiwan terbakar, 7 maut termasuk ahli bomba

Gambar: Taiwan News

Diterbitkan : 29 Apr 2018 10:33PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 10:37PM

TAIPEI: Seramai tujuh orang terbunuh, lima daripadanya anggota bomba dalam kebakaran yang berlaku lewat malam semalam (28 Apr) di sebuah kilang elektronik di utara Taiwan, menurut jabatan bomba.

Kebakaran marak dengan cepat di bangunan lapan tingkat di daerah perusahaan di Bandar Taoyuan yang membuat papan litar.

Tujuh anggota bomba terperangkap oleh objek besar yang jatuh ketika mereka cuba mencari mangsa di dalam kilang itu.

Mereka berjaya diselamatkan awal hari ini (29 Apr) tetapi cuma dua yang selamat. Lagi dua yang maut ialah pekerja kilang dari Thailand.

Tujuh lagi anggota bomba cedera, lima daripadanya melecur disebabkan terkena cecair tidak diketahui, menurut jabatan bomba.

Ia menambah bahawa kesan diesel dan kimia toksik juga ditemui di tempat kejadian.

Kebakaran itu menyusuli beberapa kemalangan yang berlaku di kilang-kilang Taiwan, membangkitkan soalan mengenai piawai keselamatan.

Januari lalu, sebuah kilang penapisan minyak milik pemerintah CPC Corporation yang terletak di Taoyuan, dijilat api. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.

Pada Disember lalu pula, enam pekerja Vietnam maut selepas sebuah kilang di Taoyuan juga terbakar pada sebelah malam.

Para pekerja didapati tinggal di asrama haram di kilang itu, menunjukkan keadaan hidup yang teruk bagi pekerja asing di pulau tersebut.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan