Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kilang bahan kimia di Pulau Indah terbakar lagi

Sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang musnah dalam kebakaran lewat petang Sabtu (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Kilang bahan kimia di Pulau Indah terbakar lagi

(Gambar fail: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 09:58PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:02PM

SHAH ALAM: Sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang musnah dalam kebakaran lewat petang Sabtu (13 Jul).

Kejadian itu merupakan kebakaran kilang kimia ketiga di taman perindustrian berkenaan di mana kejadian pertama berlaku April lepas dan kejadian kedua pada 5 Julai lalu, yang menyaksikan enam anggota bomba cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di kilang berkenaan pada kira-kira pukul 6.59 petang dan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Andalas, BBP Sungai Pinang, BBP Telok Panglima Garang, BBP Rawang, BBP Kota Anggerik dan BBP KLIA dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau kerja-kerja memadam kebakaran masih lagi dijalankan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan