Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khidmat kereta api Hong Kong berjalan lancar di tengah-tengah gangguan

Khidmat kereta api di Stesen Kowloon Tong di Hong Kong berjalan lancar pagi tadi (21 Ogos) meskipun pada mulanya, para penunjuk perasaan merancang mengganggunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2019 07:38PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 11:21PM

HONG KONG: Khidmat kereta api di Stesen Kowloon Tong di Hong Kong berjalan lancar pagi tadi (21 Ogos) meskipun pada mulanya, para penunjuk perasaan merancang mengganggunya.

Rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana jumlah penunjuk perasaan yang datang jauh lebih kecil daripada jangkaan pihak penganjurnya.

Lantaran itu, mereka setakat mengangkat kepingan-kepingan kertas dan memainkan rakaman video mengenai serangan samseng terhadap para penunjuk perasaan serta orang awam di sebuah stesen kereta api sekitar sebulan lalu.

Sebelum ini, ada kebimbangan bahawa para penunjuk perasaan akan melumpuhkan lagi perkhidmatan kereta api.

Ia menyusuli pengumuman mereka pada hujung minggu lalu, hendak memulakan kembali kempen "enggan bekerjasama" di tiga stesen kereta api iaitu Kowloon Tong, Fortress Hill dan Lai King, yang sering sibuk.

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan