Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khemah cantik berbilang tingkat dipasang bagi jemaah haji di Mina tahun ini

Buat pertama kalinya, khemah berbilang tingkat akan dipasang semasa musim haji tahun ini bagi menyediakan lebih banyak ruang kepada para jemaah dan meningkatkan tampungan manusia di bandar Mina, lapor Aaj.tv.

Anggaran Waktu Membaca:
Khemah cantik berbilang tingkat dipasang bagi jemaah haji di Mina tahun ini

Khemah berbilang tingkat akan dipasang buat pertama kalinya semasa musim haji tahun ini. (Gambar: Safoora Nana/Facebook)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 09:21PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 10:03PM

MINA: Buat pertama kalinya, khemah berbilang tingkat akan dipasang semasa musim haji tahun ini bagi menyediakan lebih banyak ruang kepada para jemaah dan meningkatkan tampungan manusia di bandar Mina, lapor Aaj.tv.

"Ini antara usaha negara ini untuk meningkatkan khidmat yang disediakan untuk para jemaah dan juga antara usaha bagi mencapai matlamat dan objektif Wawasan 2030 yang bertujuan meningkatkan kapasiti penginapan bagi tetamu Allah," kata pengerusi projek itu, Encik Abbas Qattan.

Dalam nukilan Aaj.tv, Encik Abbas berkongsi projek tersebut bermatlamat memanfaatkan ruang ketinggian di Mina.

Beliau berkata aras pertama akan digunakan bagi menempatkan para pekerja dan bagi menyimpan bekalan makanan, manakala aras dua akan digunakan bagi menempatkan para jemaah.

"Eksperimen ini akan menyediakan lebih banyak ruang penginapan bagi lapan jemaah dalam setiap khemah," jelasnya.

"Khemah-khemah itu kalis api dan boleh dilipat dan dipasang semula dengan mudah," tambahnya.

(Gambar-gambar: Safoora Nana/Facebook)

Umat Islam di seluruh dunia menziarahi Makkah setiap tahun bagi menunaikan ibadah haji, yang juga rukun kelima Islam.

Ibadah haji bermula dari 9 hingga 14 Ogos ini.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan