Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khairy nafi tahu menahu komplot singkir Ahmad Zahid

Anggota Parlimen Malaysia dari Rembau, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak tahu menahu tentang laporan yang mendakwa ada usaha di kalangan pimpinan UMNO untuk memaksa presiden parti Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebelum akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy nafi tahu menahu komplot singkir Ahmad Zahid

Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar. (Gambar fail: Tengku Bahar/AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 10:47PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 10:49PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Malaysia dari Rembau, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak tahu menahu tentang laporan yang mendakwa ada usaha di kalangan pimpinan UMNO untuk memaksa presiden parti Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebelum akhir tahun ini.

Encik Khairy, yang juga bekas calon Presiden UMNO yang menentang Dr Ahmad Zahid dalam pemilihan parti Jun lalu, berkata beliau tidak terlibat sama dalam hal berkenaan jikapun ia (komplot itu) benar.

"Saya tak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa, kalau ada sebarang usaha, ia tidak melibatkan saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar NST yang mendakwa terdapat kalangan pimpinan parti itu yang sudahpun merumuskan laluan untuk Dr Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya.

Encik Khairy bagaimanapun mengakui wujud perbincangan dan banyak pandangan dalam kalangan anggota parti itu yang mempersoalkan kedudukan Dr Ahmad Zahid sebagai presiden, namun perkara itu belum muktamad.

"Soal kedudukan dia sebagai presiden banyak dibahaskan dan pandangan dilontarkan dalam (kalangan) anggota UMNO… saya pun ada dengar beberapa anggota Parlimen kata yang ada perbincangan tidak formal selepas sidang Parlimen ini, tapi saya tak pasti ada kaitan dengan isu ini atau tidak," katanya.

Persidangan Parlimen yang bermula 15 Oktober lalu berakhir esok.

Dr Ahmad Zahid bagaimanapun ketika ditemui enggan mengulas dakwaan itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan