Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khabar angin rombakan Kabinet bertiup kencang; Azmin disebut-sebut sebagai TPM

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (6 Feb) menegaskan bahawa rombakan Kabinet tidak akan dilakukan dalam masa terdekat, seperti yang didakwa oleh sebuah blog baru-baru ini. Demikian menurut laporan-laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Khabar angin rombakan Kabinet bertiup kencang; Azmin disebut-sebut sebagai TPM

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 02:22PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 02:28PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini (6 Feb) menegaskan bahawa rombakan Kabinet tidak akan dilakukan dalam masa terdekat, seperti yang didakwa oleh sebuah blog baru-baru ini. Demikian menurut laporan-laporan media tempatan.

Laman berita BH Online menukil Dr Mahathir sebagai berkata dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet, termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baru sebagai berita palsu.

“Tidak... tidak ada. Tiada rombakan Kabinet. Semua perkara (dakwaan) mengenai rombakan (Kabinet) adalah palsu,” ujarnya secara ringkas, seperti yang dipetik oleh BH Online. Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui para wartawan semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Dr Mahathir juga menekankan bahawa barisan Kabinet ketika ini akan dikekalkan, lapor BH Online. "Saya kekal dengan barisan (Menteri) Kabinet saya,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Pada Selasa (5 Feb), Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menerima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau sebaliknya berkata sebarang keputusan perubahan kabinet harus diserahkan kepada Dr Mahathir, lapor agensi berita Bernama.

"Itu kena tanya Perdana Menteri sebab saya tidak dengar lagi nak rombak kabinet," katanya.

Astro Awani melaporkan sebuah blog baru-baru ini mendakwa bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dalam tempoh terdekat.

Menerusi catatan blog itu juga, desas desus pelantikan Encik Azmin itu dikuatkan lagi apabila Dr Mahathir memberikan pelbagai tugasan penting kepada beliau, termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara, lapor Bernama.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan