Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Pengarah Kesihatan M'sia dipilih sertai kajian COVID-19 gabungan saintis dunia

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah Kesihatan M'sia dipilih sertai kajian COVID-19 gabungan saintis dunia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 11:21AM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 11:23AM

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Dalam satu kenyataan oleh Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) pada Jumaat (3 Apr), Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepatkan penyelidikan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan-kawasan sedemikian, lapor agensi berita Bernama.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 buah negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian COVID-19 untuk kawasan-kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan membawa kepada kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole; dan Saintis Kanan di Universiti Oxford, Philippe J Guerin.

Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa - The Lancet, ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepatkan penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikenali sebagai ‘Solidarity Trial' sudah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 ujian klinikal COVID-19 yang didaftarkan, ujian yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis ingin berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan ujian klinikal untuk mempercepatkan penyelidikan COVID-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi menyatakan gabungan itu akan mempermudahkan pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap COVID-19.

"Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang menggunakan kesempatan daripada kepakaran berbilang negara dan berbidang disiplin yang sedia ada dalam menjalankan ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.

"Walaupun pusat penularan ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia dari sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa," menurut Dr Swaminathanoleh seperti ditukil daripada kenyataan itu.

Ahli gabungan itu turut menyeru komitmen khusus untuk memastikan akses supaya rawatan baru yang berkesan disediakan secepat mungkin dalam keadaan kekurangan sumber dan dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses.

Sumber : Bernama/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan