Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua PBB seru tindakan seantero dunia terhadap COVID-19, perubahan iklim

Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat (10 Sep) bahawa dunia kini "bergerak ke arah yang salah" dan menyeru negara-negara supaya mengambil tindakan segera dalam perjuangan melawan pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua PBB seru tindakan seantero dunia terhadap COVID-19, perubahan iklim

Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 11:32AM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 11:43AM

PBB: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat (10 Sep) bahawa dunia kini "bergerak ke arah yang salah" dan menyeru negara-negara supaya mengambil tindakan segera dalam perjuangan melawan pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

"COVID-19 adalah satu kejutan kepada kita yang begitu nyenyak tidur," kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di satu sidang media.

Bercakap menjelang Perhimpunan Agung PBB yang bakal berlangsung pada 21 Sep di New York, Encik Guterres berkata dengan rasa kesal bahawa negara-negara pengeluar vaksin masih belum dapat meningkatkan pengeluaran ke paras yang disasarkan iaitu memberi vaksin kepada sekitar 70 peratus penduduk dunia menjelang separuh pertama 2022.

"Pandemik ini menunjukkan kegagalan kolektif kita untuk bersatu dan membuat keputusan demi manfaat bersama, meskipun berdepan dengan kecemasan global yang mendesak dan mengancam nyawa," kata Encik Guterres.

Encik Guterres menolak seruan untuk menangguhkan sidang puncak iklim PBB, yang dikenali sebagai COP26, yang dijangka akan diadakan di Scotland pada November. Para aktivis iklim menggesa supaya acara itu ditunda disebabkan oleh ketidaksamarataan vaksin, pandemik COVID-19 yang memburuk dan kesulitan logistik dalam menganjurkan acara itu.

"Untuk menangguhkan COP bukanlah perkara yang baik," kata Encik Guterres. "Banyak penangguhan telah berlaku dan isu ini sangat mendesak."

Encik Guterres menggesa Amerika Syarikat dan China, dua negara yang menyumbang kepada pencemaran dunia, supaya meningkatkan usaha menangani perubahan iklim.

"Kami perlukan lebih banyak penyertaan dari Amerika Syarikat, khususnya dari segi pembiayaan dana pembangunan, isu-isu pembangunan berkaitan iklim, penyesuaian dan kami perlukan usaha tambahan dari China berkaitan dengan pengeluaran gas karbon," kata Encik Guterres.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan