Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Komander tentera AS tidak yakin Korea Utara lucut senjata nuklear sepenuhnya

Ketua Komander tentera Amerika Syarikat bagi Indo Pasifik, Laksamana Philip Davidson akur dengan satu penilaian risikan yang mendapati Korea Utara kemungkinan tidak akan melucutkan senjata nuklearnya sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Komander tentera AS tidak yakin Korea Utara lucut senjata nuklear sepenuhnya

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: Reuters/KCNA)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 02:22PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 02:25PM

WASHINGTON: Ketua Komander tentera Amerika Syarikat bagi Indo Pasifik, Laksamana Philip Davidson akur dengan satu penilaian risikan yang mendapati Korea Utara kemungkinan tidak akan melucutkan senjata nuklearnya sepenuhnya.

Encik Davidson menyuarakan keraguannya mengenai niat Korea Utara dalam laporan secara bertulis kepada Jawatankuasa Khidmat Bersenjata Senat.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo bagaimanapun kekal optimistik.

Semasa mengadakan lawatan ke Slovakia, beliau meluahkan harapan bahawa kemajuan yang cukup besar akan dicapai semasa sidang puncak di Hanoi, Vietnam.

Trump menanti-nantikan sidang kemuncak kedua dengan Encik Kim meskipun mesyuarat pertama mereka di Singapura pada Jun hanya menghasilkan komitmen yang samar-samar daripada Encik Kim dan sedikit kemajuan konkrit.

Walaupun Encik Trump pernah menyatakan bahawa kemajuan sudah terbukti bila ujian nuklear dihentikan dan tiada pelancaran peluru berpandu baru selama 15 bulan, satu laporan pemantauan sekatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu meragui niat sebenar Pyongyang. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan