Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua kampung antara ditahan minum air ketum

 Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua serbuan berasingan di Felda Bukit Batu, Air Bemban dekat Kulai, pada Khamis (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua kampung antara ditahan minum air ketum

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 08:06AM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 08:08AM

JOHOR BAHRU: Seorang ketua kampung adalah antara lima lelaki yang ditahan ketika sedang menikmati air ketum dalam dua serbuan berasingan di Felda Bukit Batu, Air Bemban dekat Kulai, pada Khamis (15 Okt).

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ketua kampung berkenaan ditahan bersama tiga lelaki tempatan dalam serbuan ke atas sebuah pondok wakaf manakala seorang lelaki warga Myanmar ditahan di sebuah rumah di Jalan Klinik.

Katanya lagi, berdasarkan hasil maklumat yang diperolehi, serbuan dilancarkan oleh pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan Balai Polis Air Bemban pada pukul 11.30 malam dan menahan suspek berusia antara 25 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap mereka yang ditahan, kami menemui satu botol minuman berisi 0.5 liter disyaki air ketum dan sembilan paket lutsinar disyaki air ketum dengan setiap satu paket berisi satu liter,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kelima-lima mereka direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun dan denda tidak melebihi RM10,000 (S$3,300).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan