Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Hezbollah beri Israel amaran ekoran serangan Beirut, Syria

Pemimpin Hezbollah berikrar menembak jatuh sebarang dron Israel dalam ruang udara Lubnan dan memberi amaran kepada tentera Israel agar bersiap sedia menghadapi tindak balas menyusuli apa yang didakwa beliau sebagai serangan dron Israel terhadap Beirut pada Ahad (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Hezbollah beri Israel amaran ekoran serangan Beirut, Syria

Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah, menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya (Gambar fail: Reuters/Aziz Taher)

Diterbitkan : 26 Aug 2019 09:34AM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 09:39AM

BEIRUT: Pemimpin Hezbollah di Lubnan yang disokong Iran berikrar menembak jatuh sebarang dron Israel dalam ruang udara Lubnan dan memberi amaran kepada tentera Israel agar bersiap sedia menghadapi tindak balas menyusuli apa yang didakwa beliau sebagai serangan dron Israel terhadap Beirut pada Ahad (25 Ogos).

Kata-kata Hassan Nasrallah itu juga menyusuli serangan berasingan yang diakui dilakukan Israel, yang menurutnya membunuh dua anggota kumpulan Hezbollah di Syria.

Israel tidak memberi sebarang komen berhubung insiden dron di Beirut, namun berkata serangan di Syria pada Sabtu malam adalah untuk memintas serangan dron diterajui Iran ke atas Israel.

Encik Hassan berkata insiden di Beirut adalah serangan pertama Israel di Lubnan sejak perang selama sebulan pada 2006 antara Israel dengan Hezbollah di Lubnan. Ia menandakan "pencabulan pertama terhadap peraturan pertempuran yang dipersetujui pada 2006 yang jelas, besar dan berbahaya", selepas konflk itu tamat, katanya.

"Jika kami berdiam diri, ia membuka laluan berbahaya buat Lubnan," kata beliau yang menambah serangan dron boleh mencetuskan situasi yang sama seperti Iraq.

Sumber-sumber serantau berkata Israel dan Hezbollah sebelum ini telah mencapai kesepakatan tidak rasmi bahawa meskipun mereka boleh berbalas serangan di Syria, sebarang serangan di dalam Lubnan atau Israel mesti dielakkan kerana ia mungkin mencetus peperangan.

"Saya berkata kepada tentera Israel di sempadan mulai malam ini, berwasapadalah. Nantikan kami, satu, dua, tiga empat hari ... apa yang berlaku semalam tidak dapat diterima," tambah Encik Hassan.

Beliau berkata Hezbollah akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mencegah sebarang serangan dan menembak jatuh sebarang dron dalam ruang udara Lubnan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan