Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketibaan PM Lee cetus suasana riuh-rendah; disambut Dr Mahathir di Putrajaya

PM Lee yang segak memakai baju batik dan delegasinya termasuk isterinya Puan Ho Ching tiba di PLF pada 11.00 pagi. Ketibaan mereka mencetuskan suasana riuh-rendah dalam kalangan begitu ramai pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkampung di pintu masuk PLF sejak 10 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketibaan PM Lee cetus suasana riuh-rendah; disambut Dr Mahathir di Putrajaya

PM Lee Hsien Loong dan Dr Mahathir berjalan keluar dari bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 19 May 2018 01:07PM Dikemas Kini : 19 May 2018 01:12PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (19 Mei). Beliau merupakan pemimpin ASEAN yang kedua mengunjungi Perdana Menteri baru itu selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei.

Pertemuan selama kira-kira 30 minit itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF), tempat Dr Mahathir menjalankan tugasnya ketika ini.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin ASEAN yang pertama mengunjungi Dr Mahathir, dalam lawatannya pada Isnin lalu (14 Mei).

PM Lee yang segak memakai baju batik dan delegasinya termasuk isterinya Puan Ho Ching tiba di PLF pada 11.00 pagi. Ketibaan mereka mencetuskan suasana riuh-rendah dalam kalangan begitu ramai pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkampung di pintu masuk PLF sejak 10 Mei.

Ketibaan PM Lee di lobi PLF disambut oleh Dr Mahathir.

Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mencatatkan kemenangan besar di Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.

Rabu lalu (16 Mei), PM Lee mengumumkan di Parlimen bahawa beliau akan melakukan lawatan ke Malaysia untuk bertemu Dr Mahathir.

Beliau dipetik oleh Mediacorp sebagai berkata, beliau teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Dr Mahathir demi manfaat bersama.

PM Lee berkata Singapura juga pernah bekerjasama dengan Dr Mahathir dan beberapa anggota pasukannya sebelum ini dengan menyiapkan beberapa projek termasuk Link Kedua di Tuas, semasa tempoh terdahulu Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 1981 sehingga 2003.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan