Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesihatan anggota bomba yang cedera dalam insiden kuil memburuk

Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergeseran di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesihatan anggota bomba yang cedera dalam insiden kuil memburuk

Allahyarham Muhammad Adib ketika dipindahkan dari Pusat Perubatan Sime Darby ke Institut Jantung Negara. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 06:19PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 06:21PM

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergeseran di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lalu.

Menurut Institut Jantung Negara (IJN), paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu selepas menjalankan penilaian menyeluruh. Ini menyebabkan pertukaran gas tidak berkesan.

"Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan perkembangan itu, dan selepas perbincangan dengan pasukan pelbagai disiplin, IJN membuat keputusan untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 .00 malam semalam (15 Dis) untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

"Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” menurut IJN.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau berharap kesihatan Muhammad Adib kembali stabil dengan penggunaan sistem Veno-Venous ECMO, iaitu mesin yang boleh membantu tiga organ penting - jantung, paru-paru dan buah pinggang secara serentak.

“Kita harapkan dengan pasukan perubatan akan memberikan segala yang terbaik. Mesin ECMO itu merupakan paling terbaik untuk menangani kedudukan kritikal beliau ketika ini.

“Bukan ada sebab atau punca apa dia semakin kritikal tapi kita tahu bahawa trauma yang beliau alami adalah sangat serius namun kita semua mendoakan beliau dapat keluar daripada keadaan kritikal ini segera," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan