Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesemua pelancong Kereta Kabel Langkawi selamat

Semua pelancong yang terkandas selepas sistem kereta kabel di Langkawi mengalami kerosakan berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke stesen pangkalan di Oriental Village.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesemua pelancong Kereta Kabel Langkawi selamat

(Gambar: Langkawi SkyCab/Facebook)

Diterbitkan : 19 Feb 2018 09:51AM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 09:56AM

LANGKAWI: Semua pelancong yang terkandas selepas sistem kereta kabel di Langkawi mengalami kerosakan berjaya diselamatkan dan dibawa turun ke stesen pangkalan di Oriental Village.

stranded at Gunung Machinchang Langkawi cable car since 5.30pm lmao.. worst experience ever #langkawi pic.twitter.com/kGiYNUddZi

— Pricillia (@pricilliayoong_) February 18, 2018

Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan kereta kabel Langkawi SkyCab, berjaya membaiki kerosakan sejurus sebelum pukul 11.00 malam semalam (18 Feb) untuk membawa turun 960 pelancong dan 78 kakitangan dari puncak Gunung Machinchang setinggi 708 meter ke stesen pangkalan itu.

Keseluruhan proses memindahkan mangsa disaksikan anggota lembaga Panorama Langkawi, Datuk Azizan Noordin, Ketua Polis Langkawi, ACP Ghazali Che Awang dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Datuk Azizan, yang juga ketua pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata bahawa perkhidmatan kereta kabel tersebut akan dihentikan selama setengah hari untuk kerja-kerja penyenggaraan dan perkhidmatan dijalankan.

“Perkhidmatan akan disambung semula selepas 12.00 tengah hari selepas kami berpuas hati dengan kerja-kerja penyenggaraan yang dijalankan,” kata beliau.

Sumber : Bernama/CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan