Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesemua 900 jemaah haji S'pura sudah tiba di Mina

Pergerakan para jemaah haji Singapura di Arafah sedikit tergendala dek hujan lebat turun sejurus selepas waktu Asar semalam (10 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2019 05:05PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:49PM

ARAFAH: Pergerakan para jemaah haji Singapura di Arafah sedikit tergendala dek hujan lebat turun sejurus selepas waktu Asar semalam (10 Ogos).

Hujan yang tidak disangka-sangka itu membasahi Padang Arafah sebelum para jemaah Singapura dijadualkan berangkat ke Muzdalifah, petang semalam.

Mujur hujan turun tidak berapa lama dan tidak banyak menjejas perjalanan para jemaah Singapura dari Arafah ke Muzdalifah.

"Para jemaah dari Singapura semuanya sihat walafiat dan mohon doa daripada semua semoga kita dapat haji yang mabrur dan diberikan kesihatan, taufiq dan hidayah," menurut Cik Hendon Abdul Hamid, seorang jemaah Haji Singapura.

Bagaimanapun kini kesemua 900 jemaah tersebut sudah tiba di Mina subuh tadi waktu tempatan, selepas singgah di Muzdalifah. Mereka berangkat keluar dari Padang Arafah sekitar jam 6.00 petang semalam (10 Ogos), setelah selesainya ibadah berwukuf.

Para jemaah Singapura akan berada di penginapan di Shisha dan Makkah sehingga selesai semua kewajipan melontar jamrah untuk dua hingga tiga hari mendatang.

Selepas mengutip batu di Muzdalifah, barulah para jemaah meneruskan perjalanan ke Mina.

Setibanya di Mina, mereka menjalankan ibadah melontar satu jamrah iaitu Aqabah, sebelum boleh bertahalul dan bebas daripada pantang larang haji.

Selepas Subuh tadi, para jemaah di Saudi turut menyambut Aidiladha dengan bersolat raya.

Menurut Penguasa Perangkaan Arab Saudi, tahun ini hampir 2.49 juta jemaah mengerjakan ibadah haji dengan 1.855 juta jemaah dari luar Saudi dan lebih 632,000 jemaah dari dalam negeri.

Jumlah tersebut adalah satu peningkatan berbanding 2.37 jemaah pada musim haji tahun lalu.

Di bawah Visi 2030 Saudi, pihak berkuasa menyasarkan lima juta jemaah haji setiap tahun.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan