Kesan krisis pelarian ke atas Myanmar
Mereka kini menumpang di kemah-kemah sementara di Bangladesh, menanti hari mereka dihantar balik ke Myanmar.
MYANMAR: Pembanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh sejak Ogos tahun lalu telah menarik perhatian dunia.
Lebih 700,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari wilayah Rakhine, Myanmar menyusuli pertempuran antara tentera pemerintah dengan pihak militan.
Mereka kini menumpang di kemah-kemah sementara di Bangladesh, menanti hari mereka dihantar balik ke Myanmar.
Namun, kaum Rohingya bukan satu-satunya kumpulan pelarian Myanmar yang melarikan diri ke negara jiran.
Di timur laut dan timur Myanmar, perang saudara juga memaksa beribu-ribu orang penduduk melarikan diri bukan sahaja ke Myanmar, tetapi juga ke Thailand dan ada yang sampai ke China.
Dianggarkan pelarian dari Kachin dan wilayah Shan, kini berjumlah 100,000 orang.
PBB kini bimbang krisis pelarian ini boleh membawa kesan sosial jangka panjang ke atas Myanmar dan rakyatnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.