Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes terbaru selesema burung di Sabah dikesan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes terbaru selesema burung di Sabah dikesan

Gambar fail ayam dan angsa. (Gambar: AFP / Mark RALSTON)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 11:34PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 11:36PM

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah mengesan kes terbaharu wabak penyakit selesema burung di dua buah kampung di Tuaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong berkata dua kawasan itu ialah Kampung Laya-Laya Tuaran dan Estet Kampung Ladang Tenghilan.

"Dua kawasan ini disahkan positif wabak selesema burung sejak 23 Ogos lalu, bagaimanapun hasil pemeriksaan JPV tiada ladang ternakan ayam komersil di kawasan berkenaan.

"Kawasan itu hanya ternakan ayam yang dipelihara oleh penduduk kampung yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini (4 Sep).

Berikutan kes berkenaan katanya, JPV Sabah sudah memulakan aktiviti penghapusan dan pelupusan ayam meliputi satu kilometer dari kawasan jangkitan yang bermula semalam.

Menurut Encik Wong, antara kawasan yang terlibat ialah Desa Sri Taman Jaya Kampung Laya-Laya, Taman Layar Impian, kawasan perumahan Laya-Laya, ladang buaya dan Kampung Hope.

Selain itu, Tenghilan, Kampung Ladang Estet, Kampung Linsuk, Kampung Kogosingan dan Kampung Tampasak Gamaron.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat agar memberi kerjasama kepada JPV Tuaran dalam usaha menangani wabak berkenaan.

Pada awal Ogos lalu, Tuaran diisytiharkan sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ujian mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan