Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes rogol di Kelantan agak membimbangkan - Ketua Polis Kelantan

Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan Encik Hasanuddin Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes rogol di Kelantan agak membimbangkan - Ketua Polis Kelantan

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 11:11PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 11:13PM

KOTA BHARU: Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan Encik Hasanuddin Hassan.

Katanya bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit adalah “mahu sama mahu” yang melibatkan remaja bawah umur.

Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada para wartawan selepas Majlis Townhall “Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?” anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan hari ini (15 Dis).
Katanya bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu katanya jenayah samun tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.

"Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus,” katanya.

Encik Hasanuddin juga berkata kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan