Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes pertama virus Wuhan disahkan di Kemboja

Kemboja mengesahkan kes pertama virus Wuhan di negara itu. Ini menurut Menteri Kesihatan Mam Bunheng pada Isnin (27 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kes pertama virus Wuhan disahkan di Kemboja

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jan 2020 08:19AM Dikemas Kini : 28 Jan 2020 08:20AM

PHNOM PENH: Kemboja mengesahkan kes pertama virus Wuhan di negara itu. Ini menurut Menteri Kesihatan Mam Bunheng pada Isnin (27 Jan).

Menurut beliau, pesakit itu adalah seorang warga China yang berada di bandar tepi pantai Sihanoukville.

Virus baru itu yang pertama kali dilaporkan di Wuhan, China sudah meragut 81 nyawa setakat ini, kesemuanya di China selain menjangkiti lebih 2,700 yang lain.

Lebih 12 negara melaporkan penularan kes tersebut setakat ini tetapi sebahagian besarnya menular di China.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan